Land Information Dynamic & Integrated System

Land Information Dynamic & Integrated System (LIDI) merupakan satu sistem semakan nombor akaun cukai petak melalui Alamat bangunan sahaja. Sistem ini berkeupayaan menambah baik sistem sedia ada iaitu ehasil (sebelum Oktober 2023) dan etanah yang merupakan data terbesar perekodan hakmilik di Negeri Selangor. Sistem ini membolehkan semakan nombor akaun cukai petak secara pantas dan tepat kepada pemilik kediaman strata hanya dengan menggunakan nombor unit kediaman / bangunan sahaja. Sistem LIDI ini adalah solusi dan pelengkap terhadap sistem pengurusan cukai petak di Daerah Kuala Langat.